Helwani Restu










    












No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Assalammualaikum

Tirai Syawal pasti berlabuh. Kini, kita berada di bulan Rejab. Sya’ban akan mengiringi, seterusnya Ramadan Al-Mubarak menjelma. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara-Nya. Semoga kita dipertemukan dengan bulan Ramadan yang dirindui.

Ramadan bulan ibadah dan persaudaraan. Ibadah disemarakkan dengan solat, puasa, qiyamullail, tilawah al-Quran, zikrullah dan ikhtikaf. Persaudaraan disemarakkan dengan sedekah, ziarah, memberi juadah berbuka puasa dan hadiah.

Rasulullah SAW bersabda: “Berilah hadiah sesama kamu nescaya kamu berkasih sayang.” Marilah kita menghidupkan sunnah ini demi menyemarakkan kasih sayang dengan memberi hadiah terutama di bulan al-mubarak ini.

Jika sebelum ini kita tidak berpeluang menghantar bingkisan atau cenderahati kepada rakan taulan, jiran tetangga mahupun saudara-mara, masih ada kesempatan untuk kita menunaikan hasrat ini. Ianya adalah tanda kasih-sayang, penghargaan dan ingatan yang tidak bersempadan.

Bayangkan seandainya anda menerima sebuah ‘hamper’. Bukannya ‘hamper’ biasa yang berisi makanan ringan dan minuman bergas, tetapi berupa naskhah al-Quran di samping produk islamik yang lain. Pastinya perasaan anda akan kagum dan teruja menerima ‘hamper’ ini.

Apabila al-Quran yang serba indah tulisan, hiasan dan maknav ini ditatap dan dibaca pasti anda beroleh manfaat yang sangat besar di dunia dan di akhirat. Ini adalah tilawah al-Quran santapan jiwa dan rohani serta ubat bagi segala penyakit.

Rasulullah SAW bersabda : “Bacalah al-Quran kerana ia akan datang pada hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya”. (Riwayat Muslim)

Pastinya kombinasi ‘hamper’ yang unik ini lebih istimewa dan dihargai. Pelanggan boleh membuat pilihan sendiri produk mengikut kesesuaian dan kemampuan kewangan. Setiap ‘hamper’ juga berbeza harganya mengikut isinya dari pada serendah RM100.00 hingga RM 1000.00

Anda boleh memilih naskhah-naskhah al-Quran terindah terbitan Yayasan Restu seperti Al-Quran & Terjemahan Lafziyyah (Perkata), Al-Quran Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Al-Quran Al-Karim Tab’aah Mahasin Al-Huffaz (gild edge), Surah Yasin, Surah Lazim, Juzuk ‘Amma bertajwid dan lain-lain. Terdapat juga buku panduan amalan dan doa seperti Himpunan Zikir Pagi Petang, Himpunan Amalan Mustajab, buku Teman Musafir, ‘Majmu’ Syarif Kamil’ dan lain-lain.

Setiap hamper terserlahkeunikkannyatambahan pula dihias di dalambakulkayuberukiran motif islamikyang menengahkanlagikreativiti.

Hamper yang dihias dengan cantik, dilengkapi dengan produk tersebut akan menjadi ‘buah tangan’ yang juga sesuai bagi meraikan Hari Guru, Hari Ibu, Hari Lahir, Hadiah Pengantin, Ulangtahun Perkahwinan dan hadiah majlis rasmi dan keraian.

Buatlah tempahan segera di Helwani Restu yang terletak di Kompleks Seni Islam Antarabangsa Selangor atau hubungi talian 019-2000023 (Roshalina) / 019-2788229 (Sauriani)

Jika anda ingin melihat contoh hamper sila, layari www.helwanirestu.blogspot.com

DEMI MASA


Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah

Logo

Logo

2016




Lihat produk Al-Quran & Kitab Yayasan Restu di,

  • RESTU SHOP

Text

Helwani Restu
Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.


Tel:03-55119001/9002/9003
Fax: 03-55123780/788
Emel: uluseniam@gmail.com
yaniesu@yahoo.com
Website : www.restu-art.com
Contact: Roshalina / Sauriani

Sila E-mail untuk keterangan lanjut, dan pertanyaan di ruang 'comment'. Penghantaran melalui Poslaju, cas penghantaran percuma di sekitar lembah Klang. Dan 'delivery door to door' di kawasan sekitar Shah Alam. Layari http://www.restu-art.com/index.php untuk keterangan lanjut mengenai Yayasan Restu /Restu-Art Foundation.

Facebook Badge

Hamper Islamik (online shopping)

Promote Your Page Too

Popular Posts

Pages

  • Home

Total Pageviews

Followers


Picture Window theme. Theme images by GelatoPlus. Powered by Blogger.