Salam, Aidiladha yang bakal menjelang. :).
Selepas berakhirnya Aidilfitri, kita bakal menyambut Hari Raya Aidiladha yang penuh keberkatan. Hari memperingati pengobanan Nabi Ibrahim s.a.w. Dan kepada bakal-bakal haji, moga mencapai haji mabrur tahun ini, insyaAllah..

Tempahan hamper al-Quran masih ada sepanjang masa, untuk pelbagai acara, & keraian untuk orang tersayang. Silalah datang ke Yayasan Restu, pelbagai pilihan  produk islamik yang mempunyai nilai seni yang tinggi, kepelbagaian pilihan untuk diberi sebagai penghargaan kepada seseorang.

Gambar di sebelah adalah hamper Al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris yang disiapkan dalam masa tidak lebih 15 minit.. Gambar pun cuma sempat ambil sekeping sahaja kerana pelanggan memburu waktu..HUHU.. (Saya lebih suka tempahan awal untuk memastikan hamper yang digubah cantik & kemas) Tapi hamper express sebegini selalu ditempah.. dan saya harap pelanggan berpuas hati.. :-) Sila lihat laman Restu Shop untuk Produk Al-Quran & Kitab-kitab.. http://restu-shop.blogspot.com/p/al-quran.html
Bajet hamper RM140-150.. harga senaskah A-Quran Terjemahan kulit nipis RM65.00. Dan selebihnya harga coklat millton, kurma atau turkish delight serta bakul.

Ok.. Ini terbaru ikatan riben dan bunga crepe.. Tak perlu bakul untuk anda yang nak bajet berpatutan.. hanya riben dan bunga.. Siap cantik dah! Lihat gambar.. Ini buku kitab Teman Musafir keluaran Yayasan Restu yang cantik dan banyak doa-doa serta amalan mustajab yang berguna semasa dlm musafir (tak musafir pun boleh buat panduan harian...:-).. Tempahan begini siap pada masa itu juga kecuali kalau tempahan 10 buah ke 100 contohnya, tak bolehlah siap dalam masa 5 minit! ;-)
Ini pemberian seorang pelanggan untuk hadiah harijadi kakaknya.. Jadi untuk orang yang berumur sedikit dia memilih buku Teman musafir dan kurma.. Dan untuk anak saudara yang  muda juga dia memilih buku Teman Musafir yang cantik berwarna baby blue ini.. Buku/kitab Teman Musfir ini juga sesuai sebagai teman perjalanan bakal-bakal haji kita.. :-)
Buku Teman Musafir berharga RM25,
Kurma Mariami RM14
Bunga n riben RM 3-5 sahaja!
Bajet Hadiah ini secara keseluruhan antara RM28-RM45 sahaja!





 


 


 


 


Tempahan bakul manisan untuk hantaran perkahwinan teacher Jannah.. Tahniah Jannah!




Balutan dengan kertas hadiah & riben hiasan







Antara Hamper Al-Quran Lafiziyyah Perkata baru..





 


<3 <3 Salam Aidilfitri.... Ramadan sudah meninggalkan kita, moga amal ibadat kita diterima Nya, dan dipanjangkan umur untuk menemui Ramadhan seterusnya. "Taqabbalallahu minna waminkum" maaf zahir & batin.
Sebelum cuti panjang Aidilfitri saya tak sempat update blog produk terbaru, kerana sibuk menyiapkan tempahan hamper ramadhan.. Dibawah ini antara hamper ramadhan yang ditempah pelanggan sepanjang bulan mulia penuh keberkatan...

Tempahan dari Airport Limo (M) Sdn Bhd http://www.airportlimo.my/index.php. Hamper berharga RM35.00 setiap satu khas untuk staff yang bertugas di Hari Raya Aidilfitri. (Penghargaan kepada petugas yang berkorban cuti raya untuk berkhidmat pada masyarakat ;-) Tempahan sebanyak 124 kotak hamper berisi coklat Millton, Kurma, dan Peanut barley. Di bawah antara contoh hamper kotak lutsinar dengan riben dan bertangkai - mudah bawa.

 

 Isi kandungan hamper : Millton Cherish Heart , Millton Bar Fruit Nut, Dark, Milk, Hazelnut, Almond,   Millton with Almond doyle pack, Kurma dan Peanut Barley.
 
warna riben & bunga boleh dipelbagaikan.. Antara contoh riben merah dan pink.


Ok. ini pula hamper Ramadhan yg ditempah utuk secara individu. Hamper ramadhan ini untuk tunang tersayang sempena Ramadhan dari pelanggan (maaf lupa nama). Bajet di bawah Rm100. Isi kandungan Millton Cherish Heart yg tertera tulisan I LOVE U, peanut barley, Cd Ustaz Don Daniyal Biyajid- sila lihat di sini http://www.restu-art.com/index.php?page=0&article=3 dan beberapa majalah islamik dan stiker surah Al-ikhlas yang boleh didapati di Restu Shop 

 


Ini pula hamper Ramadhan tempahan Puan Leen dari Shah Alam dengan harga RM165.00. Hamper bakul indah ini berisi Al-Quran terbitan Yayasan Restu, Kurma Khudri with Almond, Kuih Raya chocolate cookies with blueberry, Hazer Baba Turkish Delight, Millton Tiramisu Milk Chocolate with Almond, Peanut Barley dalam kotak bekas mengkuang, Millton Tin milk chocolate with Raisin.
(Tempahan boleh siap kurang sehari jika ditempah awal pagi atau tengahari.)

 



Puan Leen juga membeli Hamper siap seperti contoh di bawah yang mengandungi Al-Quran Terjemahan, Millton coklat, dan surah pilihan berharga RM175.00. Di bawah adalah Hamper siap yang masih ada di dalam stok Helwani Restu, untuk memudahkan pelanggan yang mahu hamper dan hadiah dengan segera.

Hamper Al-Quran Madinah RM195.00 (Available)




Hamper Al-Quran Kecil Rm110.00 -riben ungu  (Available)


Hamper Buku Teman Musafir RM130.00 -bunga hijau (Out Of Stok)






Antara packaging kurma dan peanut barley.
  

Ramadhan kali ini juga kami telah menyediakan hamper istimewa untuk Ustaz Don Daniyal Biyajid yang sebelum ini datang memberi ceramah di Yayasan Restu pada 7hb Jun 2012. Kunjungan beliau mendapat sambutan hangat dari warga Shah Alam dan sekitarnya.

Hamper Al Quran Terjemahan Lafziyyah Perkata terbaru Yayasan Restu. Yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak di Putrajaya pada 31 Julai 2012.
Layari Facebook kami untuk info terkini Yayasan Restu-Pusat Dakwah dan pengembangan Syiar Islam


Hamper Al-Quran Terjemahan Perkata riben biru khas untuk Ustaz Don Daniyal Biyajid.
Hamper Al-Quran Terjemahan Perkata riben pink khas untuk Ustaz Ahmad Tarmizi




 
   

Gambar Kenangan kami Bersama Ustaz Don Daniyal
                         
Ustaz Don Daniyal Bersama Ustaz Ahmad Tarmizi 

 Warga Helwani Restu 

Promosi Hamper Al-Quran semasa pelancaran Al-Quran Perkata Di Putrajaya.


  YAB Dato' Seri Najib bersama Pengerusi Yayasan Restu, Dato' Abdul Latif Mirasa.