Hamper Majlis pertunangan & persaraan
Inilah antara tempahan hamper yang kami terima setelah kembali dari cuti hari raya aidilfitri. Hujung tahun dipenuhi dengan undangan majlis perkahwinan, pertunangan dll. Tidak kurang juga yang bakal menamatkan perkhidmatan / bersara. Pasti anda terfikir -fikir hadiah apakah yang sesuai diberi seiring doa mohon keberkatan pada yang bakal menempuh kehidupan baru. Dibawah ini Al-Quran pelbagai jenis menjadi asas pada ikatan bungkusan hadiah yang indah ini. Menzahirkan niat hati pemberi yang menginginkan si penerima dianugerah kehidupan yang diberkati dan rahmah. Amin
Hamper untuk hantaran majlis pertunangan. Bajet RM200
Hamper ini mempuanyai kitab-kitab pilihan seperti teman musafir, sehari serangkap doa, wuduk cara rasullullah, coklat pelbagai jenis, kurma coklat, minyak zaitun dll. Hamper ini di tempah sebagai pemberian untuk anak saudara yang bakal bertunang. Dari seorang pakcik kepada anak saudara. Untungnya..!
Ini adalah tempahan dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Shah Alam, untuk pegawai yang bakal menamatkan perkhidmatan. Dengan ucapan 'Semoga dikurniakan kesihatan yang baik'.
Maka isi kandungan ini adalah makanan sunnah yang baik untuk kesihatan berserta Al-Quran terjemahan Lafziyyah.
Isi Kandungan :
-Al Quran Terjemahan Lafziyyah perkata kulit hitam
-Danson Less sugar Chocolate( sesuai utk pengidap diabetis)
-Kurma Chocolate
-Sehari serangkap doa, wuduk cara rasullullah, Jangan Tinggalkan,
-Olive Oil
-Minuman kesihatan jenama S.U.N.N.A.H
-Buku Yassin dan Mathurat.
No comments:
Post a Comment